profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
Hello, i'm Hanie. 17. I do love arts and editing coz they're my daily meal. Also a fan-ghost and caramel maniac. I'm currently on semi-HIATUS until the end of 2013. Do pray for my excellence in SPM peeps! Good result, isyallah.. amin ya rabbal' alamin.

Messeji


PUT OUR CBOX CODE HERE


Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Think Before Talk.
Sunday, November 24, 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.

Along masih dengan muka toya dia. Geram kerana aku mentertawakannya. Hehe. Peduli apa aku. Dia dan Abang Adam menuju ke kereta yang dinaiki oleh mereka. Aku dan beberapa orang ahli keluarga perhatikan mereka. Tanpa diduga, Abang Adam membukakan pintu kereta untuk Along. Aku tertanya. Benarkah apa yang aku nampak ni? Tiba tiba, idea jahat menjengah.

 "Ehem ehem, dah bau nasi minyak dah ni. Betul tak maksu?" sergahku.
 "Oh mak kau, ye diorang nak kahwin. Eh?" latah maksu disambut dengan tawa. Aku tengok Abang Adam tersenyum. Aku pandang pula wajah Along. Mukanya makin masam seperti cuka katakoo! Hendak tak hendak, dia masuk jua dalam keadaan rela paksa.  

Setelah melihat pemergian mereka, aku memasuki kembali ke ruang kediaman masuk. Belum sempat aku masuk, wajah Ashraff muncul di ruang mata. Tak. Maksud aku di depan mata! Mati terus senyuman aku. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Pandangan tajam kuberikan. Lawan pandangannya. Adegan itu disaksikan oleh maksu dan keluarga.  
"Oi, korang berdua dah kenapa main lawan mata ni?" suara nyaring maksu kedengaran. Tersentak aku dibuatnya. Begitu juga dengan Ashraff.   "Kalau nak tenung lama lama, kahwin laaa. Tak baik dok tenung tenung. Zina mata tahu?" ucap tok. Masing masing tunduk.   "Dah, mai sini tolong maksu hang ni Paida. Hang Ash, pi jaga adik hang," arah tok. Aku hanya menurut. Dia juga begitu.  
____________________________________

 Along dan Abang Adam pulang dari kedai. Aku lihat dia sedang sibuk mengekek dan ketawa dengan Abang Adam. Apakah yang sudah terjadi? Dah berbaikkah mereka? Aku pandang diorang dengan pandangan hairan. Ketawa mereka berhenti secara perlahan. "Kenapa Angah?" soal Along. "Tak. Angah pelik. Sejak bila Along rapat pulak ni? Gelak guling guling bagai. Bukan tadi tak suka pi dengan Abang Adam ke?" soalku kembali. Along hanya tersenyum. Dia memandang Abang Adam. Abang Adam membalas senyuman. Tanpa menghiraukan aku, mereka masuk ke rumah. Aku garu kepalaku yang tidak rasa gatal. Hairan!

  "Paida! Hang buat apa dok dekat luaq sorang sorang tuh?" teriak tok. Kuss semangat! Nasib baik tak ada sakit jantung.  
"Tok ni. Buat orang terkejut je. Nasib orang tak ada sakit jantung tau?!" ucapku.  
"Dah hang dok terjegat kat situ pasai pa," balas tok.
 "Hish, haa lah haa lah. Ada je menjawab tok ni." bebelku. Belum sempat tok menjawab, tok wan mencelah.    
"Dah sudah! Awak ni lah. Dengan cucu pun gaduh ka," sampuk tok wan. Yes! Love you lah tok wan. Hehehe. Aku beredar dari situ.  

Aku naik ke tingkat atas. Aku lihat, Ashraff sedang bermain dengan sepupu kecilku. Senang sekali dia melayan karenah budak budak kecil. Ahh, aku dah kenapa? Paida menggeleng.   "Haa kau dah kenapa tetiba je geleng geleng kepala? Buang tabiat?" tegur Ashraff. Hish, dia ni kan, kalau mulut tu tak diam tak sah. Pedas semuanya. Lempang satgi, baru hang tau?!   "Takde apa. Suka hati akulah nak angguk angguk ke, geleng geleng ke, kau susah apa?" Balasku. Kerek jugak aku ni. Hehehe!   "Takdelah. Aku kesian. Aku taknak kena kahwin dengan orang yang tak betul nanti," terangnya. Aku macam.... Weyh! Siapa nak kahwin dengan kau?   "Entah siapa entah nak kahwin dengan dia," jawabku. Aku dengan dia? Ya allah... Terus aku beredar dari situ. Aku juga dengar ketawa halus dia. Kwangsam!   ________________________________  

Aku duduk bersandar di berandar. Aku lihat Along dengan Abang Adam rancak berbual. Aku tersenyum. Bahagia je aku tengok mereka. Along dah dapat lupakan Mikhail. Abang Adam masih dalam proses tackle Along. Alolo.. Sweetnya.  

"Hoi, berangan ke apa?" sergah Ashraff. Ya Allah... Ni lagi sorang. Datang tanpa diundang. Salam entah hilang ke mana pun aku tak tau. Spontan tangan aku menampar bahu dia.   "Ahh! Apa ni?"
 "Apa apa.. Kaulah. Datang tanpa diundang. Sergah aku macam tu. Nasib baik aku takde sakit jantung. Kalau ada, kau kena tanggungjawab semua ni. Kos rawatan, ubat, hospital.."
 "Woo woo. Apa kau merepek ni? Satu satulah cakap. Ni tak. Cakap laju macam machine gun. Tak faham aku." Ashraff mencelah. Aku buat muka. Ni lah dia. Mulut macam emm.. Tak baik mencarut. Astaghfirullah. Aku mengucap.   "Haaa, mengumpat aku lah tu," katanya.   "Entah siapa nak mengata dia," balasku.

Terus aku beredar dari situ menuju ke tempat Along dan Abang Adam berbual. Aku mengambil tempat di sebelah Along.   "Ni dah kenapa ni?" belum sempat aku menjawab, Ashraff muncul.   "Haa dik. Kau buat apa dengan Paida ni?" soal Abang Adam.   "Mana ada aku buat apa apa. Dia ni je yang kuat touching." jelas Ashraff. Mata aku bulat memandangnya. Kwangsam! Aku bingkas bangun. Dia juga turut bangun.
 "Hello. Kau tu yang mulut tak reti nak jaga. Cakap suka hati kau aja kan? Kau ni memang.."   "Dah dah. Tak malu ke bila tok dengan tok wan dengar? Dahlah. Jom masuk." Aku hentak kakiku tanda protes lantas masuk ke rumah. Aku dengar Along mengeluh. Angah mintak maaf, Along..
  ______________________________________________

 Malam itu, aku duduk dalam bilik seorang diri tanpa makan malam bersama keluarga. Aku dengar derapan kaki sesorang. Terus aku tutup dengan selimut menyelubunhgi tubuhku.

 "Angah." Dengar suara tersebut, terus aku buka selimut itu. Aku duduk bersandar di katil. Along datang membawa makanan untuk aku. Ahh, ni nak nangis ni! Aku memandang kosong ke arah makanan yang dibawa Along.   "Angah, makan sikit eh? Ni Along dengan Maksu ada masakkan. Along suap ea?" disua sudu ke arah aku. Aku tidak terus makan. Aku rasa sikit makanan itu dan seterusnya aku makan kesemuanya. Along tersenyum.   "Makan banyak sikit. Nanti perut tu kosong masuk angin kang." Ucap Along lagi. Aku diam tanpa kata. Aku terus makan dan makan sampai habis. Along mengangkat kesemuanya ke dapur.  

"Along," ucapku sebelum Along membuka pintu. Along berpaling.   "Ya, kenapa? Angah nak apa apa ke?" soalnya.   "Angah mintak maaf." ucapku dalam menunduk.   "Naaa, it's okay la. Along yang kena mintak maaf sebab tak faham Angah kan? Sorry," ucapnya lantas keluar dari bilik tersebut. Tak lama kemudian, telefin bimbitku berbunyi. Ada peti masuk.  

Beb, aku mintak maaf. Sorry. Aku takde niat pun nak buat kau sakit hati. Aku gurau je. Tak sangka kau terasa sampai macam tu sekali. Sorrry ea? -Ashraff-  

 Mana kau dapat no aku ni?   

Actually, aku mintak dari Abang Adam. Tapi Abang Adam takde no kau. So, dia mintak dengan Kak Sheera aka Along kau. Lepastu dah dapat, dia bagi dekat aku. Macam tulah cerita dia.   

Oh. K.
  
Itu je?   

Dah tu?  

 Hish takpe. Aku mintak maaf lagi sekali. Bye. Selamat Malam. Assalammualaikum.   

Aku menjawab salam. Aku tersenyum sumbing. Hahaha. Jahatnya kau malam ni, Paida. Mhehew. Aku terus tarik selimut dan tidur.

Okay. Ni sambungan daripada cerpen Paida rihtu.
Ni link dia. Klik

Okay. Thats all. Bye.
Sincerely,
Shaheera.

FUTURE
PAST